A TALE OF AN ENCOUNTER has been translated into more than nine languages.
Rencam kehidupan sering memerangkap, tidak semuanya diberikan kepada kita pada masa yang sama. Jika kau mendapat sesuatu, sudah tentu imbalannya kau akan kehilangan sesuatu.
Setelah terpisah bertahun lamanya, suatu kebetulan membuka peluang untuk bertemu semula.
Aneh sungguh perasaan yang bercampur-baur – kerinduan, ego, ingin menyalahkan, dan akhir sekali kekesalan.
Sebaik sahaja salah seorang daripada mereka memulakan langkah pertama, dua pintu akan terbuka di hadapan mereka, entah apa di sebaliknya dan salah satu harus dipilih oleh mereka.
Di satu ambang, mereka kembali dan lemas dalam lautan cinta sekali lagi.
Di satu lagi ambang, terdapat lohong hitam yang akan menelan segala-galanya.
Bolehkah kita bersatu semula dan melupakan hal yang telah lepas? Adakah mereka dapat bertahan, atau memori silam akan kembali mengocak ketenangan hidup selepas tersenyum kepada mereka? Apakah yang dapat dihancurkan oleh cinta dalam hidup kita? Apakah hasilnya menggandakan kecemburuan dengan dendam kesumat? Sedahsyat manakah seseorang akan bertukar menjadi raksasa narsisistik, sedia untuk menghancurkan apa sahaja demi kebahagiaan yang dituntut olehnya?
Saat kejatuhan adalah saat engkau memberi kepercayaan kepada orang yang salah.
Kerana dia akan meraut kepercayaan yang engkau berikan sehingga tajam untuk dijadikan senjata terhadap engkau. Sudah tentu, engkau akan menjadi mangsanya yang pertama.