Murabbi Cinta
Description:... Beliau digeruni musuh di medan perang. Beliau sibuk dengan pelbagai jawatan urus tadbir, kehakiman, perniagaan, pendidikan, hal ehwal kejiranan, tanpa cuti hujung minggu mahu pun tahunan. Ucapannya diambil serius oleh yang mendengar, ketegasannya menutup ruang mengambil enteng terhadap keputusan dan tindakannya. Namun, beliau jugalah yang menceriakan setiap kanak-kanak yang disantuni, bergurau seumpama beliau juga sebahagian mereka. Kasihnya kepada isteri dan anak-anak memberi kecukupan jiwa untuk hidup sebagai insan terhadap dalam sejarah manusia. Beliau bukan sebarang insan dalam catatan sejarawan. Baginda adalah Muhammad ﷺ , Murabbi Cinta hingga ke hujung masa.
Naskhah Murabbi Cinta bukanlah catatan sirah hayat Nabi Muhammad ﷺ . Ia adalah percubaan penulis meneladani insan agung itu dan memaknakan ia di dalam kehidupan berumahtangga, berkeluarga dan bermasyarakat. Coretan yang disampaikan melalui penceritaan, agar pembaca terinspirasi dengan izin-Nya, mencipta cerita perjalanan masing-masing, mencontohi teladan agung yang sama, menuju destinasi yang serupa.
Show description