CORETAN NURANI SURAH AL-AHZAB
Description:... Sebuah e-Book yang memuatkan catatan mudah bagi para pembaca mengambil pengajaran dari Surah alAhzab yang mengandungi sebanyak 73 ayat. Ini salah satu inisiatif dari pembaca untuk mengajak masyarakat memahami al-Quran selain dari membacanya selaras dengan objektif penurunan al-Quran selaku petunjuk dan bimbingan. Pembahagian ayat-ayat dengan catatan penjelasan memudahkan para pembaca untuk memahami pengajaran yang terkandung dengan terfokus dan susunan yang mudah.
Surah al-Ahzab merupakan surah ke-33 daripada 114 surah yang terdapat di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi sebanyak 73 ayat keseluruhannya. Surah al-Ahzab termasuk dalam kategori Surah Madaniyyah iaitu wahyu yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah Rasul yang memberikan penekanan skop dan fokus kepada pensyariatan hukum hakam fiqh dan perundangan dalam Islam. Dinamakan dengan al-Ahzab kerana pada ayat 9 sehingga 27 menceritakan perihal peperangan ix al-Ahzab yang berlaku di zaman Rasulullah SAW pada tahun ke-5 Hijrah. Peperangan al-Ahzab memberikan maksud pakatan kumpulankumpulan musyrikin Mekah dan mereka yang berkomplot bersama mereka untuk memerangi Islam dan menghancurkan negara Madinah yang ditadbir oleh Rasulullah SAW. Selain peperangan al-Ahzab, pengajaran yang penting juga antaranya ialah : 1. Kedudukan isteri-isteri Rasulullah dan Baginda SAW sendiri ke atas orang beriman. 2. Hukuman zihar. 3. Adab di rumah Rasulullah SAW. 4. Perihal amanah ke atas manusia selaku khalifah. x 5. Perihal syaksiah muslimah dan para isteri dalam memelihara maruah. 6. Pensyariatan selawat ke atas Rasulullah SAW dan larangan menyakiti Baginda SAW. Serta banyak lagi pengajaran yang terdapat menerusi 73 ayat yang terkandung dalam surah ini. Insha Allah, pembahagian ayat-ayat akan memudahkan pembaca mendapatkan pengajaran secara asas dan jelas untuk pembentukan pemikiran yang sahih, pengamalan dan pengajaran sebagai panduan dalam kehidupan untuk memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Show description