برای ثبت درخواست به انتهای صفحه مراجعه کنید.

Dunia Perubatan Oto-Rino-Larinks: Apa yang Seterusnya? (Penerbit USM)

Description:...

Dunia perubatan otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher telah berkembang sejak beberapa dekad yang lalu menjadi kepelbagaian subkepakaran, masing-masing dengan perubahan, perkembangan dan trend yang tersendiri. Banyak kemajuan yang menarik telah dibuat dalam bidang otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher khususnya rinologi. Dalam beberapa dekad yang lalu, kemajuan dalam rawatan penyakit sinus telah berkait rapat dengan kemajuan teknologi. Kewujudan endoskopi hidung, navigational and image guided surgery dan powered instrumentation telah memainkan peranan penting dalam membantu doktor pakar untuk melaksanakan prosedur yang berkesan dan bersifat invasif minimalis kepada pesakit yang menghidap penyakit sinus. Pada masa yang sama, para penyelidik klinikal telah mengkaji penyebab penyakit sinus pada tahap molekul, secara teratur menghuraikan struktur polip hidung, biofilm dan siri laluan radang yang menyebabkan keradangan sinus.


Teknologi sama ada lama atau baharu digunakan oleh pakar perubatan dalam cubaan mereka untuk memudahkan dan meningkatkan mutu penjagaan pesakit. Bagi pengurusan bahagian hadapan, koordinasi yang lebih baik antara pakar otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher dengan pengamal perubatan am dapat membawa pada penjagaan pesakit yang lebih efisien dan berkesan. Dengan nada yang sama, indikasi yang sesuai untuk antibiotik dalam rawatan penyakit sinus dan kebimbangan yang berkaitan rutin preskripsi dapat diselesaikan. Dalam konteks kerja berpasukan, multidisciplinary approach melibatkan penyelarasan tafsiran CT scan sinus dan model kerja berintegrasi dalam penjagaan pesakit sesama pakar alergi, pakar pulmonologi dan pakar otolaringologi berdasarkan interaksi antara penyakit saluran udara atas dan bawah.


Kesimpulannya, dunia perubatan otorinolaringologi – surgeri kepala dan leher telah berkembang dengan amat cepat dan banyak kemajuan telah dicapai dalam rawatan pesakit khususnya penyakit alergi dan sinus kronik. Penggunaan fizik dan biologi dalam rawatan perubatan secara penggunaan ubat dan pembedahan telah berjaya mencipta banyak kemajuan yang berguna untuk pesakit. Seterusnya, teknologi akan merubah cara kita merawat pesakit pada masa depan. Akhirnya dalam menghadapi arus yang pantas dalam kemajuan teknologi sains perubatan, kita harus bersedia untuk menerima dan mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan selaras dengan teknologi tersebut.


Show description

* ایمیل (آدرس Email را با دقت وارد کنید)
لینک پیگیری درخواست ایمیل می شود.
شماره تماس (ارسال لینک پیگیری از طریق SMS)
نمونه: 09123456789

در صورت نیاز توضیحات تکمیلی درخواست خود را وارد کنید

* تصویر امنیتی
 

به شما اطمینان می دهیم در کمتر از 8 ساعت به درخواست شما پاسخ خواهیم داد.

* نتیجه بررسی از طریق ایمیل ارسال خواهد شد

ضمانت بازگشت وجه بدون شرط
اعتماد سازی
انتقال وجه کارت به کارت
X

پرداخت وجه کارت به کارت

شماره کارت : 6104337650971516
شماره حساب : 8228146163
شناسه شبا (انتقال پایا) : IR410120020000008228146163
بانک ملت به نام مهدی تاج دینی

پس از پرداخت به صورت کارت به کارت، 4 رقم آخر شماره کارت خود را برای ما ارسال کنید.
X