JAGAKAN JODOHKU
Description:... Zulaikha adalah seorang gadis yang cukup sederhana. Walaupun dilahirkan sebagai anak tunggal di dalam sebuah keluarga yang kaya namun hatinya hanya mencintai Afif Naufal. Beza dia dengan lelaki itu seperti langit dengan bumi. Hubungan mereka ditentang keras oleh keluarga Zulaikha. Afif Naufal mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Dia mengharamkan hatinya untuk mencintai mana-mana wanita selagi dendamnya belum terlunas.
Ketika Zulaikha cuba melupakan Afif Naufal, muncul pula Nik Arshad, lelaki sombong yang dikenalinya sewaktu pertemuan pertama. Lelaki itu sentiasa membulinya sepanjang tempoh dia bekerja sebagai pembantu di rumah keluarga lelaki itu. Tetapi semuanya berubah apabila nama Zulaikha mula mengisi ruang hati seorang lelaki yang keras kepala seperti Nik Arshad. Mana mungkin Zulaikha mencintai lelaki itu? Hatinya hanya untuk Afif Naufal. Apatahlagi Nik Arshad merupakan buaya terkenal di bandar metropolitan itu.
"Kenapa susah sangat you nak terima lamaran I?"
"Sebab saya tak cintakan Encik Arshad!"
"Cinta? Penting sangat ke benda tu untuk perempuan zaman sekarang? Bukan ke semua perempuan cuma pandang duit lelaki?"
"Tapi saya bukan perempuan macam tu. Di hati saya cuma tertulis satu nama. Sampai bila-bila pun, hanya nama tu yang ada di dalam hati saya!"
Harapan Zulaikha untuk bersatu dengan Afif Naufal semakin pudar apabila Nik Arshad menghantar rombongan meminang ke rumah ibubapanya. Ketika dia dihimpit pelbagai perasaan, Afif Naufal kembali semula.
Afif Naufal atau Nik Arshad? Siapakah yang Zulaikha pilih?
Show description