MENCARI REDHA-MU
Description:... Apabila kita melakukan ibadat, tidak memadai hanya bersertakan niat tetapi mestilah berlandaskan syariat dan diiringi dengan cara yang betul. Bukalah minda, lapangkan dada, terima kebenaran dan perbaiki kepincangan. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan.
Marilah kita bersama mendidik diri dengan mencari redha ILAHI. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan dapat mengecapi nikmat kemanisan dalam memenuhi segala tuntutan agama, duniawi dan ukhrawi.
Mencari Redha-MU mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:
Meraih cinta dan kasih al-Khaliq
Memupuk keintiman dengan ILAHI
Meyakini bahawa doa adalah senjata
Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
Membuang rasa ego dan penyakit hati
Menangani masalah dengan lapang dada
Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
Membuka minda dan menerima kebenaran
Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
Menyedari segala tuntutan dan larangan-NYA
Show description