Lembah Mansuli merupakan satu lembah yang mempunyai
urutan budaya yang paling panjang bermula dari 235,000 hingga 3,000 tahun
dahulu. Hal ini menjadikan lembah ini yang tertua daripada segi prasejarahnya
di Borneo yang telah dipertarikhkan secara kronometrik. Kini prasejarah Sabah
diletakkan hampir sezaman dengan permulaan prasejarah di kawasan lain di Asia
Tenggara. Lembah Mansuli juga telah meningkatkan kefahaman budaya masyarakat Paleolitik
di Sabah khasnya dan Asia Tenggara amnya daripada segi perubahan teknologi alat
bani dan hubungan dengan persekitaran terutamanya turun naik paras laut semasa
Zaman Pleistosen. Ia juga membuktikan bahawa migrasi manusia awal ke Borneo bermula
sekurang-kurangnya pada pertengahan Zaman Pleistosen dan hal ini secara tidak
Iangsung membuktikan bahawa perubahan paras laut pada ketika itu memainkan
peranan dalam migrasi manusia awal di Asia Tenggara. Malah, persekitaran dan
iklim juga turut mempengaruhi masyarakat Paleolitik yang menyebabkan berlakunya
perubahan tingkah laku masyarakat tersebut daripada segi teknologi dan adaptasinya.