Setelah ranjau dilalui, kembali menyatu dalam perkahwinan. Adakah mereka sebenarnya sudah berjaya menggapai bahagia? Tidak.
Suatu masa dulu mereka berpisah, Yukh merana. Cuba melepaskan cinta di hatinya kepada Irene dengan berkawan dengan wanita lain. Wanita datang dan pergi dari hidupnya. Sayangnya cinta yang utuh itu masih tetap berada di tempat yang sama.
Lalu setelah dimakbulkan impian mereka untuk kembali bersatu, satu lagi suratan tiba ke dalam hidup Irene dan Yukh. Yukh ditangkap khalwat bersama bekas teman wanitanya. Yukh berpoligami dengan Rahayu setelah dipaksa.
Resamnya kaum lelaki merasa hebat jika punya dua isteri. Tetapi tidak dengan Yukh. Pengalaman baru mengajarnya untuk menjadi suami yang adil kepada dua isteri dalam keadaan hati tidak ikhlas.
Rahayu tipikal gold digger mahu senang dengan mengahwini lelaki berusia dan berduit. Tetapi hakikat tidak seindah seperti novel. Yukh bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta. Lalu dia cuba memisahkan dua hati yang saling cinta. Sayangnya, takdir mendahului perkahwinan mereka.
“Rahayu, bersaksikan ayah awak, saya ceraikan awak dengan talak 3. Selesai masalah kita!”-Yukh.
Punah impian Rahayu. Lenyap segala rancangan setelah disingkirkan Yukh lebih cepat dari apa yang dibayangkan.
Ternyata ikatan kasih sayang antara Yukh dan Irene masih utuh biar berapa ramai orang ke 3 cuba hadir memisahkan mereka. Kerana setelah masa berlalu, mereka belajar dari setiap kekuranga. Dari seorang lelaki yang tidak kenal erti pengorbanan, Yukh mengubah dirinya. Mengejar impian untuk menjadi suami dan ayah mithali.
Perkahwinan dan poligami mengajar tentang banyak perkara. Begitulah Yukh dan Irene.
Dominan II tidaklah mengangkat darjat poligami itu indah. Tidak juga merendahkan hukum Allah Taa’la. Sebaliknya ini tentang hikmah-Nya. Seperti mana mereka ini mereka tidak berputus asa lagi. Melangkah bersama sehingga bahagia jadi milik mereka!