Antologi Karya Kreatif: Gema Sukma Akademia (UUM Press)
Description:... Buku ini menghimpunkan sejumlah hasil karya para pensyarah dari Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Ia memuatkan rangkaian karya kreatif, iaitu seloka, pantun, sajak dan cerpen untuk penelitian para pembaca. Buku julung-julung kali menampilkan rangkaian karya kreatif ini memperlihatkan kesungguhan para penulis meluahkan rasa hati hasil daripada bauran pengalaman dan kenangan. Rangkaian karya kreatif, iaitu seloka, pantun, sajak dan cerpen ini dihimpunkan dalam segugus ilham yang sangat mendidik nurani. Jelas bahawa kepelbagaian genre sastera ini menunjukkan kesejajaran dalam menyampaikan perutusan, bukan sesekali menjarakkan makna dalam pengkaryaan.
Selain itu, isu semasa yang membuncah dalam kehidupan turut dijadikan pencetus ilham untuk menghasilkan karya. Isu-isu semasa yang sedang hangat dalam masyarakat dipertaruhkan pengarang dalam beberapa buah sajak, dan pantun. Misal sahaja isu pandemik virus corona yang melanda dunia turut diadun dalam penghasilan karya. Kebersamaan dalam menyatakan manisnya sebuah keharmonian dan kesejahteraan adalah matlamat utama dalam sesebuah pengkaryaan. Maka, ini yang terserlah dalam hampir kesemua hasil karya dalam buku ini. Semoga ia menjadi perca yang mengikat semangat dalam memperkukuh perjuangan bagi liku dan keluk kehidupan yang sarat ujian.
Show description