TERAPI TANGAN KOREA (KORYO HAND THERAPY) JILID 3
FORMULA JALUR TENAGA MIKRO
Description:... Tangan adalah merupakan mikrokosmik (alam kecil) bagi seluruh anggota badan yang terdiri daripada kepala, tangan, kaki, dan organ-organ yang lain. Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Dr. Tae Woo Yoo (pengasas), ia mempunyai hubungan secara langsung dalam merawat pelbagai masalah kesihatan.
Bagi membuktikan teori saintifik yang beliau kemukakan ini benar, penyelidikan secara mendalam telah dijalankan dengan begitu teliti dengan sokongan peralatan saintifik moden untuk mendapatkan hasil keputusan yang tepat.
Akhirnya, beliau telah berjaya melahirkan satu cabang ilmu terapi yang begitu menakjubkan, iaitu Terapi Tangan Korea! Hanya melalui medium tangan sahaja, pelbagai masalah kesihatan dapat dirawat dan dipulihkan dengan sangat berkesan, selamat, serta tidak mengakibatkan sebarang kesan sampingan.
Dalam usaha menyebarluaskan ilmu yang sangat bernilai ini, penulis telah mengambil inisiatif kendiri dengan menghasilkan bahan bacaan yang bersifat ilmiah ini dalam bahasa kebangsaan yang tercinta, disertakan dengan gambar berwarna penuh, dan juga formula yang dicipta oleh penulis sendiri untuk memudahkan para pembaca memahaminya dengan baik. Penulis berharap semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat. Amin.
Abdul Manaf Rosdi,
Presiden KHTA.
Show description